Tuesday, 11 June 2013

HARGA KERETA..WOOWWWW!!!

meh la ramai2 pi beli..
Kalau tak suka harga ni..
sila berhijrah ke dalam hutan...
keh.keh..keh..
 
 

Saturday, 9 March 2013

BILA JENERAL BERKATA-KATA!!

Inilah kelaku UMNO..terpekik terlolong FITNAH..FITNAH..tapi bila panggil naik pentas cerita apa yang fitnahnya haram tak berani..!! 


GEMPAR AYAH SAIFUL INSAF...!!!!



Laporan Utusan Yang Mempersoalkan Gambar & Video Ini...
Link : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130308/dn_63/Gambar-pertemuan-Anwar-bapa-Saiful-Bukhari-jadi-teka-teki

Utusan sex ambil sumber berita dari blog longkang...
tu sebab utusan sex dah busuk mcm longkang..






Sunday, 24 February 2013

UBAH - LAGU PRU13




GEMPAR! BUKTI DAP TINDAS ISLAM?




 NAJIB MARAH SEBAB DAP LAKUKAN 
PERKARA-PERKARA INI


MENGAPAKAH MALAYSIA DAPAT SEORANG PERDANA MENTERI YANG MENGANJURKAN ISU PERKAUMAN ...
DENGAN ITU....


Maka kami!
Rakyat Malaysia! 
Akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumbangkan kerajaan zalim berdasarkan perkara-perkara berikut. 
-Tumbangkan kerajaan yang bersikap samseng. 
-Tumbangkan kerajaan yang merompak wang rakyat -Tumbangkan kerajaan yang boros menggunakan wang rakyat -Tumbangkan kerajaan yang bodoh dan sombong 
-Tumbangkan kerajaan diktaktor tidak mendengar 
  suara  rakyat 
Maka kami berikrar 
akan menumbangkan UMNO BN...












DAULAT TUANKU

UCAPAN RAJA MUDA PERAK-
SILA DENGAR BETUL-BETUL..
ANDA SETUJU?


KERJA-KERJA ORANG MUNAFIK

HASIL DIDIKAN UMNO BN..
LAHIRLAH..
TEAM PEROSAK AGAMA..
DIKETUI OLEH IBRAHIM AL-KATAKI..



Friday, 22 February 2013

PENCERAHAN ISU "HAIWAN" BAGI PENERIMA BR1M

Kata Kawan aku ,
'Hati- hati kalau kita berperibahasa dengan orang umno..
Jangan sesekali cakap KAKI AYAM pada orang umno yang tak pakai kasut nanti dia akan kata ..

kita tuduh dia binatang....






BERIKUT UNGKAPAN TG NIK AZIZ KETIKA BERUCAP SEKEMBALINYA DARI MENUNAIKAN UMRAH TEMPOHARI...

"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami.

Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil).

Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia," - Nik Abdul Aziz Nik Mat


video

KEPADA PENCACAI-PENCACAI UMNO.. 
BERHENTILAH BUAT FITNAH...
INGAT-INGAT KEMATIAN MENJEMPUT BILA-BILA MASA... 
YAKIN KAH ANDA BOLEH MENJAWAP ATAS FITNAH INI...
BETUL LAH KATA MAMAK KUTTY TUN DET...
YANG TINGGAL DALAM UMNO HANYA ORANG-ORANG YANG BODOH..

INGAT PESAN ATUK!!



Tuesday, 19 February 2013

MAK CIK..MAU BELI CARPET KA?

Nak menang punya pasal...
sanggup gadai negara...
UMNO BN PENGKHIANAT NEGARA...
TUMBANGKAN DALAM PRU13 INI...

sebelum negara penuh dgn pendatang asing...
yang bertaraf WARGANEGARA..
Patut la Bai jual carpet bebas bergerak..
 

BUKTI UMNO PENGKHIANAT MELAYU!!

TENGOK SINI...
ATOK-ATOK..
NENEK-NENEK...
MAK CIK-MAK CIK...
PAK CIK-PAK CIK...
ABANG-ABANG..
KAKAK-KAKAK..
ADIK-ADIK...
YANG LAYAK MENGUNDI...
LIHATLAH KHIANATNYA UMNO BN
PADA KETUANAN MELAYUNYA SENDIRI..




Maka kami!
Rakyat Malaysia! 
Akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumbangkan kerajaan zalim berdasarkan perkara-perkara berikut. 
-Tumbangkan kerajaan yang bersikap samseng. 
-Tumbangkan kerajaan yang merompak wang rakyat -Tumbangkan kerajaan yang boros menggunakan wang rakyat -Tumbangkan kerajaan yang bodoh dan sombong 
-Tumbangkan kerajaan diktaktor tidak mendengar 
  suara  rakyat 
Maka kami berikrar 
akan menumbangkan UMNO BN..








Saturday, 16 February 2013

JANGAN TERTIPU DENGAN DAHYAH UMNO BN

Posisi calon mengikut kaum PRU12 2008

Posisi calon Melayu BN -123
Posisi calon Bukan Melayu BN -99

Posisi calon Melayu PR -146

Posisi calon Bukan Melayu PR -76

jadi di mana yang boleh mengatakan
jika PR memerintah kuasa melayu akan hilang..

Maka kami!
 Rakyat Malaysia! 
Akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumbangkan kerajaan zalim berdasarkan perkara-perkara berikut. 
Tumbangkan kerajaan yang bersikap samseng. 
Tumbangkan kerajaan yang merompak wang rakyat Tumbangkan kerajaan yang boros menggunakan wang rakyat Tumbangkan kerajaan yang bodoh dan sombong 
Tumbangkan kerajaan diktaktor tidak mendengar suara rakyat Maka kami berikrar 
akan menumbangkan UMNO BN..

Friday, 15 February 2013

KERJA SIAL OLEH UMNO BN

TENGOK KERJA SIAL YG DIBUAT OLEH UMNO BN...
DIMANA DILETAKKAN KALIMAH ALLAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH 
MEREKA INI..
NILAILAH SENDIRI...
BAGAIMANA TAHAP PERJUANGAN ISLAM YANG DILAUNG-LAUNGKAN...
SATU UNDI UNTUK BN-
AGAMA ISLAM AKAN DIPERMAINKAN..


















Tuesday, 12 February 2013

TAUKEH MAKSIAT JADI PEMBANTERAS MAKSIAT?

MACAM-MACAM PERKARA PELIK BERLAKU KAT NEGARA KU INI..
MANUSIA DAH HILANG AKAL..
KALAU PUN YER AWIE TU TARAF AYAHANDA KAT KORANG..
DAH TAK DE KER ARTIS LAIN YANG BAIK AKHLAKNYA....
TAKKAN LAH KAT MALAYSIA NI..
AWIE AJER IDOLA KORANG..
BODOH YANG TAK BOLEH DIAJAR...
HARAM JADAH..


Wednesday, 6 February 2013

FIKIR DAHULU SEBELUM UNDI

BR1M..BR1M JUGAK..
UNDI PASTIKAN PANGKAH PR..
BR1M BUKAN DUIT MAK BAPAK..
UMNO BN DAN SEKUTUNYA..
INGAT TU...!!!


Friday, 1 February 2013

BAGAI MELEPAS ANJING TERSEPIT

Isu Felda Kemahang 3



Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud @ 01022013

Bilamana anda keluar dari sekolah undang-undang, dan memulakan latihan dalam kamar selama 9 bulan, sebelum ditauliahkan sebagai seorang Peguambela & Peguamcara, perkataan yang sering disebut dan diingatkan oleh penceramah-penceramah dalam mana-mana kursus “etiquette” adalah:

“REMEMBER, YOU CLIENT IS YOUR POTENTIAL ENEMY”

(Ingatlah, Anakguam kamu berpotensi menjadi musuh kamu)

Selepas pusingan akhir pertarungan kami dalam permohonan Semakan oleh Felda (Review application pursuant to Rule 137 Rules Of The Federal Court 1994) pada 26/8/2010, maka berakhirlah perjuangan saya dan rakan-rakan selama 11 tahun (2000 – 2010) dalam mengendalikan kes Peneroka Kemahang 3. Kes ini tidak pernah dipedulikan oleh mana-mana pemimpin politik sehinggalah kami menang di Mahkamah Tinggi pada 13/1/2008 dan Mahkamah Rayuan pada 26/6/2009. Di Mahkamah Persekutuan sahaja, empat pusingan pertarungan undang-undang terpaksa kami lalui. Bermula dengan 2 permohonan kebenaran untuk merayu (leave to appeal), satu permohonan untuk penggantungan (stay) dan berakhir dengan permohonan Semakan (Review). Felda diwakili oleh sekumpulan 7 – 10 peguam yang diketuai oleh Tan Sri Cecil Abraham. Saudara mesti mengenalinya sebagaimana Deepak Jaikishnan mengenalinya. Ya. Tan Sri Cecil Abraham mengetuai kumpulan Peguam Felda sejak selepas kemenangan pusingan pertama pada 13/1/2008 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Saudara pasti mengenali bahawa Peguam ini adalah antara TopTen Peguam yang paling hebat dalam undang-undang sivil di negara ini. Justeru saudara boleh bayangkan cabaran pertarungan undang-undang di setiap prosiding Mahkamah, di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persetuan yang terpaksa kami tempuhi.

Hanya selepas kami memenangi kes yang pernah diludah oleh seorang Menteri ini, barulah ramai peneroka membukak mata. Banyak kes yang hampir sama di failkan diseluruh negara – berkaitan dengan penipuan greding buah sawit (Kadar Perahan Gred@KPG atau disesetengah tempat disebut sebagai Kadar Perahan Minyak@KPM). Oh rupanya kami mendahului pemikiran mereka lebih 10 tahun kehadapan!!!.

Maka bermula September 2010, selepas menolak yuran guaman, disbursements (perbelanjaan dalam mengendalikan kes termasuk fee Mahkamah, transport, penginapan Peguam, time sheet, percetakan, khidmat pakar sawit dan/atau konsultan, pasukan research) dan fees counsel yang dilantik, maka kami mula membayar wang akhir penghakiman secara berperingkat-peringkat. Semua kos itu saya tanggung seorang diri sejak 11 tahun. Kalau tidak semuanya, hampir sepenuhnya. Kos pengendalian kes yang paling asas sahaja mencecah ratusan ribu. Apa jadi kalau katakan kes ini kalah? Tentunya kos itu akan hangus begitu sahaja. Ya, saya bukanlah seorang ahli perniagaan yang baik. Sebab itu saya melabur dalam tempoh yang amat panjang, dengan zero jaminan pulangan wang. Risiko kerugian adalah 100%. Namun diwaktu saya mula bersetuju mengendalikan kes ini, nilai wang ringgit tidak pernah menjadi perhitungan saya. Saya hanya simpati dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka, maka kesanggupan dan kesediaan saya hanya atas dasar itu. Untuk memperjuangkan nasib mereka yang teraniaya! Membujur lalu melintang patah! Keyakinan saya – Tuhan telah mengatur perjalanan hidup saya sedemikian rupa.
Kenapa bayaran ini dibuat berperingkat-peringkat? Ini sinis dan fitnah blogger UMNO (pelacur jalanan) yang dimainkan sejak awal 2011. Ya. Bayaran dibuat berperingkat-peringkat kerana satu buku cek itu hanya ada 50 keping cek. Selepas habis 50 keping, saya perlu memohon satu buku cek baru, dan ia mengambil masa paling sekurang-kurangnya 2 hari bekerja. Dengan kekangan masa dan had buku cek, kami mengambil masa lebih sebulan untuk membayar kesemua 354 anakguam. Pelacur jalanan mendakwa saya sengaja menganiaya peneroka-peneroka dengan melewat-lewatkan pembayaran. Benar. Saya dahului kroni, saya dahului peneroka-peneroka yang dekat dengan saya. Saya bayar mereka dulu. Yang saya kenal selama 11 tahun, yang selalu dekat minum kopi bersama saya dalam tempoh itu, saya dahulukan. Ahli Jawatankuasa SuaraHati (Jawatankuasa Tuntutan) yang jatuh bangun bersama saya, saya dahulukan mereka. Saya bias? Ya. Saya bias kepada orang-orang yang berjasa dengan saya. Orang berbudi saya berbahasa. Saya sayang kepada ketua-ketua peneroka yang berani berjuang bersama saya, yang diugut bersama saya, yang dihentam bersama saya, yang difitnah bersama saya, yang dinafikan hak dan segala keistimewaan oleh Felda selama tempoh kes berjalan – dinafikan bantuan buku teks anak sekolah, dinafikan bonus tahunan, dinafikan wang raya, bahkan dinafikan apa sahaja manfaat dan imbuhan yang diistiharkan oleh Felda kepada semua peneroka. Penafian itu berlarutan selama 11 tahun. Bahkan ada ketua peneroka yang dilokap atas kesalahan yang sangat kecil. Ingat betul-betul – sebelas (11) tahun!!! Bukan satu minggu, bukan satu bulan, dan bukan juga satu tahun!!.

Kenapa perlu saya mendahulukan peneroka atau anak-anakguam yang tidak pernah mempedulikan kes ini. Selepas menyerahkan salinan Kad Pengenalan dan menandatangani Surat Akuan yang disediakan, mereka hilang. Jemput mesyuarat, tidak hadir. Jemput taklimat, tidak hadir. Prosiding-prosiding mahkamah, tidak hadir. Mintak derma barang RM10-00 untuk makan2 dan jamuan, oh bagai tangkai jering! Tapi jemput majlis-majlis kenduri dan makan-makan, ada juga yang hadir. Itu pun duduk jauh-jauh dihujung khemah, dan tergesa-gesa pulang sebaik sahaja selesai memboyotkan perut kelaparannya. Kenapa? Sebab takut pegawai Felda dan talibarut Felda nampak dan buat laporan? Takut disenarai hitam. Playsafe tahap tertinggi! Sebelah kaki saman Felda, sebelah lagi mengampu Felda. Spesis jenis ini memang wujud dimana-mana di dunia ini.

Sepanjang saya mengendalikan kes ini dalam tempoh 11 tahun, hanya lebih kurang 100 orang sahaja yang sangat-sangat setia. Yang jatuh bangun bersama. Yang akan bersama saya di mana-mana prosiding mahkamah. Yang sentiasa mengangkat bag-bag kotak Peguam, Yang mengirim ketupat, Yang menghantar buah salak, Yang sanggup memancing ikan-ikan sungai untuk juadah peguam, Yang rela menyembelih kambing, ayam dan itik tanpa soal, tanpa bayaran, Yang sentiasa bertanya khabar sakit dan khabar demam, bahkan Yang sentiasa memujuk saya untuk berkahwin dengan anak-anak dara pilihan mereka! Satu demi satu ditunjukkan kepada saya. Ha ha, masa itu saya masih bujang!!!.

SEBALIKNYA, nun disana adalah 50 peneroka yang tegar mengampu Felda. Selebihnya hanyalah memainkan watak playsafe. Supaya tidak disenaraihitam oleh Felda. 50 yang saya sebut itu, menjadi anakguam saya, tetapi dalam masa yang sama menjadi talibarut Felda. Segala rahsia dan strategi kami, akan disampaikan kepada Felda. Ingatkan SB ni diluar saja, rupanya dari kalangan anakguam sendiri. Lebih teruk, dari kalangan 50 anakguam saya ini, kerja mereka ialah menghasut anakguam yang lain. Ini berlaku lama sebelum kemenangan pada 13/1/2008. Ada dari kalangan mereka yang mendoakan kekakalahan kes mereka sendiri. Ada dari kalangan mereka yang kata: “kalau menang kes ini, aku sanggup telanjang keliling Kemahang 3”. Ada yang kata: “Rambut belah 7 pun kes ini takkan menang!”. Bahkan ada yang sanggup mengisi borang untuk menarik diri dari kes (sengaja saya buat borang itu untuk menilai kesetiaan mereka). 25 keping borang tarikh diri dihantar oleh Jawatankuasa ke pejabat saya, dan saya masih simpan sehingga kini. Bila saya diserahkan dengan borang itu, saya termenung panjang. Tetapi saya tidak berbuat apa-apa. Saya hanya simpan sebagai kenangan, sebagai rekod cabaran yang terpaksa saya hadapi. Karenah celaka dari anakguam sendiri! Ya, pada satu ketika saya tersangat marah dengan tindakan mereka. Namun bila habis amarah saya, hati kecil saya meminta saya bersabar. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka. Kalau saya kurang sabar, saya akan tarik balik kes mereka dan daftarkan di Mahkamah. Tentunya mereka semua akan melopong, meraung dan histeria bagai orang gila, dikala teman-teman yang lain mendapat habuan wang penghakiman. Saya tidak tahu betul atau tidak tindakan saya yang hanya menyimpan Borang Tarik Diri tersebut. Terkadang, saya terfikir bahawa membantu peneroka seperti ini seumpama “melepaskan anjing tersepit”. Namun, dikala pembahagian wang penghakiman, 25 ekor anjing ini yang terlebih dahulu menyalak-nyalak kerana pembayaran kepada mereka, sengaja saya lambatkan!!!

Selepas selesai membuat pembayaran akhir wang penghakiman pada September atau awal Oktober 2010, semuanya gembira. Melompat-lompat seperti kera mendapat bunga. Termasuklah anjing-anjing tadi. Ada yang beli kereta baru, baiki rumah bocor, renovate rumah, kenduri anak kawin, pegi umrah, tidak kurang juga yang berpeleseran di Pekan Golok, mencari betina yang hina!!! Dari kalangan mereka, tiada seorang pun yang mengucapkan sepatah terima kasih kepada saya. Tiada seorang pun bertemu saya, menelefon saya atau sekurang-kurangnya sms saya untuk ucapkan terima kasih. Benar, tiada seorang pun! Itulah resam dunia, bila kita melepaskan anjing tersepit!

Pelacur jalanan mendakwa saya melarikan wang peneroka. Pecah amanah! Kaki Songlap! Peguam Tonto! Adus, kalau saya jumpa mereka secara berdepan dalam keadaan mereka menuturkan dakwaan itu, jangan panggil saya lelaki kalau saya tidak melepaskan penumbok jantan!

Bukanlah saya ini ingin mendabik dada dengan segala jasa dan sumbangan saya. Selama 11 tahun saya membakar segala keringat, wang ringgit dan masa. Selama 11 tahun saya menyerap segala tekanan dan ugutan. Selama 11 tahun saya senyum terhadap segala cemuhan dan fitnah. Selamat 11 tahun saya diserang dengan segala sihir dan ilmu hitam yang hebat-hebat. Tetapi Alhamdulillah, jika Tuhan tidak mengizinkan saya tumbang, saya akan bangun dan melawan! Lawan dan lawan...

Pelacur jalanan kata saya merampas hak peneroka? Mencuri harta peneroka? Pelbagai video diupload ke youtube untuk memfitnah dan menghina saya. Tidak mengapa. Izinkanlah sekejap saya mendabik dada seketika. Helo2, gred sawit peneroka di Kemahang 3 ditipu sejak 1996. Buah sawit yang dibayar dengan KPG 21 – 25%, dibayar hanya di bawah KPG18%. Dari 1996 – 2002, mereka ditipu dan pendapatan mereka dicuri. Kalau bukan sayalah yang sanggup mengambil kes ini, peneroka tak dapat apa pun. 2 tahun mereka cari peguam ke serata alam. Semua menolak dengan pelbagai alasan. Kalau bukan sayalah yang sudi membakar wang ringgit, anjing-anjing ini tidak akan mendapat satu sen pun. Bayangkan kalau kes itu tidak difailkan, apa yang peneroka akan dapat? Asap semata-mata. Kalau bukan saya yang menanggung beban kes ini selamat 11 tahun, apa peneroka akan dapat? Lopong semata. Adakah saya mengambil duit dari poket peneroka? Adakah saya meminta sedekah dari peneroka? Tidak! Sama sekali.

Kerja Peguam seperti saya adalah seperti mengutip sampah. Ya. Saya kutip sampah di Kemahang 3. Sampah yang tidak dipedulikan oleh mana-mana manusia, mana-mana pemimpin politik. Sampah yang amat busuk dan meloyakan. Saya bersihkan sampah itu. Saya cuci. Saya bilas. Saya bawak balik sampah itu ke pejabat. Setiap hari saya usap sampah itu. Setiap malam minda saya hanya memikirkan bagaimana yang jadikan sampah itu sebagai wang. Untuk bantu peneroka. Untuk kerjaya saya sebagai peguam. Untuk perniagaan guaman saya. Untuk perjuangan saya bahawa segala penindasan perlu dihentikan, walau pun terhadap manusia yang tidak punyai wang untuk biayai urusan guaman. Lama kelamaan saya bergelumang dengan sampah itu, Tuhan utuskan idea dan ilham. Tuhan utuskan pertolongan. Allah kurniakan tabah dan kesabaran. Allah berikan kekuatan luarbiasa bagi seorang anak muda kampung, untuk melawan Firaun. Allah berikan kekuatan untuk berjuang. Allah buka segala hijab. Allah tukar dari sampah menjadi emas. Allah tukar penghinaan kepada rezeki. Allah suratkan bahawa kes ini akan membuka mata pemimpin politik, dan membuka ruang kepada usaha-usaha untuk menghentikan penipuan greding sawit dan penindasan terhadap peneroka. Allah suratkan bahawa kes ini telah membuka mata peneroka lain diseluruh negara untuk bangun dan melawan. Hentikan sistem perhambaan yang menindas. Atas semua perancangan Allah itu, maka kemenangan berpihak kepada kami. Rezeki yang tiba-tiba diturunkan dari langit. Durian runtuh!!!

HANYA selepas hampir setahun peneroka menerima durian runtuh dan rezeki dari langit itu, selepas semua wang sudah habis dibelanjakan, peneroka yang masih merasai kemewahan hasil dari wang kemenangan itu, mula cemas apabila wang sudah habis. Mereka akan kembali miskin seperti sebelum menerima wang kemenangan itu. Dalam kecemasan itulah, anjing-anjing ini mula memainkan peranan menghasut, untuk menyaman saya. Anjing-anjing ini diketuai oleh seorang yang bukan peneroka, bukan anak peneroka pun, bahkan tiada kena-mengena dengan peneroka, tetapi diizinkan oleh Felda untuk menyewa sebuah rumah peneroka yang ditinggalkan (disebabkan peneroka asal telah meninggal dunia dan keluarga kembali menetap dikampung asal) yang berhadapan dengan pejabat Felda Kemahang 3. Ya, Pengurus Felda Kemahang 3 memberi izin kepada orang awam mendiami rumah peneroka di dalam kawasan Rancangan Felda. Alamat rumah itu ialah No. 229, Blok 10, Felda Kemahang 3, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Setahu saya, dalam kawasan GSA, tidak boleh ada orang-orang lain yang mendiami Rancangan Felda kecuali peneroka dan keluarga terdekat sahaja. Tetapi di Kemahang 3, ini berlaku. Mungkin satu-satunya kes orang luar, orang awam mendiami Rancangan Felda di seluruh negara. Pada musim Felda sangat agresif menghalang mana-mana orang memasuki rancangan, inidividu bukan peneroka ini diberi kebenaran dan layanan yang sangat istimewa oleh Felda.

Sunday, 27 January 2013

APA NAK JADI NI ?

Tolong lah..
kalau sayangkan Agama ISLAM tu..
jangan pilih-pilih ISU...
Tolong jaga akidah anak-anak
Muda MELAYU yg mengaku ISLAM...
Dari dirosakkan oleh 
Bangsa MELAYU yg mengaku ISLAM juga...
 
 Soalan
Hukum minum arak dan ayat-ayar Al-Quran yang berkaitan dengannya.
yang makan hasil jualan arak tersebut..
Jawapan
Hukum minum arak adalah haram dan berdosa.

Dalil Ayat Al-Quran yang mengharamkan Arak

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Ayat 219, surah al-Baqarah.)

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan." (Ayat 90, surah al-Maidah.)



Dalil Hadith Yang Mengharamkan Arak

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)"

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.


Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :- 1- Pembuatnya, 2-pengedarnya, 3- peminumnya,
4- pembawanya, 5-pengirimnya, 6- penuangnya, 7- penjualnya, 8- pemakan wang hasilnya,
9- pembayarnya 10-dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Saturday, 26 January 2013

AGAK-AGAK SIAPA YANG JATUH KAFIR NI?

INI BUKAN AKU KATA..
NI MUFTI DARI POHON BERINGIN..
TAN SRI HURUSSANI..
YANG KATA...


Wednesday, 23 January 2013

'UMNO' PELESTIN MARAH UMNO MALAYSIA

PUNYA LA GEGAK-GEMPITA DUNIA DIBUATNYA OLEH
CAI-CAI UMNO KERANA NAJIB BERJAYA JEJAK KAKI KER
GAZA...
KESUDAHANNYA MELUKAKAN HATI ..
'UMNO' PELESTIN...
KAH..KAH..KAH..
WOI..APASAL TAK JUMPA KAWAN TU DULU...
ADOIHAI....

Tuesday, 22 January 2013

BILO MENIPU JER..KANTOI!!

APO PUNYA BANGANG LA PUAK-PUAK CAI NI...
KOK NAK MENYAMAR TU..BUAT LA BETUL-BETUL..
MANA ADA ORANG PAS NAK PAKAI BAJU JANJI DICAPATI..
HILANG AKAL KA..
ITU LA..BILO MENIPU JER..MESTI KANTOI...
DEMO YG DIKETUAI OLEH 'BEKAS' AHLI PAS...
BILA 'BEKAS'..DAH TIADA KAITAN LAGI DGN PAS..
MUKA DAH MACAM MAT BANGLA LA PULAK...
BODOH TAK LEH DIAJAR BETUL...


YANG BENAR TETAP BENAR

DAH TU..
APA NAK DITUNGGU LAGI..
PRU 13 NI..
KITA UBAH..
INI KALILAH....

MONANG LAGI...

SEMALAM UTUSAN...
HARI INI NALLAKARUPPAN PULAK...
AYOH PERKASA...
BUAT SATU TABUNG UTK NALA PULAK..
KEBENARAN TELAH TERSERLAH....


Saturday, 19 January 2013

LISTEN..LISTEN..LISTEN..LISTEN..LISTEN..LISTEN..


TOLONG!! 
JANGAN DENGAR PENJELASAN DARI TV3 SUKU DAN MEDIA UMNO BN..
NANTI BERTAMBAH ROSAK AKHLAK ANDA..
DENGAR SENDIRI DARI USTAZ HARUN DIN..
PENCERAHAN ISU KALIMAH ALLAH.

video

Wednesday, 16 January 2013

INI LA NASIB..

INGAT..!!.
KALAU NAK BUAT RAMALAN POLITIK...
UNTUK UMNO BN DAN SEKUTUNYA....
PASTIKAN ISINYA HENDAKLAH..
MEMUJA ..
MENJILAT..
MENGAMPU..
KALAU TIDAK BERSEDIALAH MENERIMA
PADAHNYA...






Monday, 14 January 2013

PENCERAHAN KALIMAH ALLAH





Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah

Harakahdaily, 14 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.


Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.


2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.


3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.




Tuan Guru Datuk Bentara Setia

Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia


Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia



*SUMBER:
Harakahdaily.

Sunday, 13 January 2013

Saturday, 12 January 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.blog-feeds, .post-feeds { margin: 1em 0; text-align: center; color: $(feed.text.color);