Thursday, 14 April 2011

DISINI MULANYA..

Siri 2

Sekitar tahun 1985 ketika Tingkatan 1 sewaktu cuti sekolah aku akan sering ke Kuala Lumpur dirumah Pak Cik aku di Selayang Baru. Satu pagi sepupu aku 'Dik Man' tua setahun dari aku ajak ronda-ronda Kuala Lumpur,Apa lagi Seronok ler..nak-nak masa tu Dataran Merdeka tengah Glamour.
Dari selayang naik Bas mini..masa tu Bas mini masih ada lagi..turun Central Market(Pasar Budaya)..naik lagi bas mini turun kat Bangsar..aik..ni nak kemana ni Dik Man..tanya aku..ikut ajer ler..katanya.
Jalan punya jalan Dik Man berhenti di kedai buku..tanya awek kedai buku kat mana opis Gila-Gila..Alamak..kito nak Poi Gilo-Gilo ko..tanya aku..Iyo la..sambungnya..
YA Allah Gembira tak terkato...Awek tu terus tipon Opis gilo-gilo..rupa-rupanya kedai buku tu sebahagian dari blok Gila-gila.
Ingat lagi aku pagi tu Kartunis BOY PJ yang sambut kami di bawah...dia suruh ikut naik ke opis Gila-Gila...Dalam Perjalanan Dik Man Bagi tahu BOY PJ yang aku ni pun boleh melukis katun...Alamak malunya aku masa tu...tapi masih Control lagi...
Kami di bawa melawat dan di pekenalkan kpd Kartunis2 kat situ Cabai..Fatah..Zainal Buang husin..kebanyakkan yang Otai2 ajer..Bro Ujang masa tu tak der..keluar agaknya...
Last sekali kami dibawa berjumpa dengan Arwah Rejabhad Penghulu Kartunis.Ini mungkin BOY PJ teringat kata2 Dik Man yang aku pun boleh lukis katon...
Gembira tak terkata waktu tu..aku dapat ilmu katun dari Arwah Pak Jab.
Masa tu arwah Pak Jab ada buku Cara Melukis katun dalam bentuk Photostat..Dia kata harganya Rm10..Kalu tak dak duit la ni..minggu depan bayar ler katanya...
Oleh kerana Dik Man tengok yang aku ni memang minat Melukis Katun dia bayarkan untuk aku buku Karya Pak Jab tu..TERIMA KASIH DIK MAN..dan bermula lah perjalanan aku sebagai kartunis...tetapi sayang buku itu kini telah Hilang dari Simpanan aku...Buku berharga hasil tangan Arwah Pak Jab...
Al-Fatihah buat Arwah REJABHAD(Pak Jab)..


........................................................................................................
 
DISINI MULANYA..
Siri 1

Masih aku ingat lagi dari bangku sekolah rendah sehingga kesekolah menengah,setiap kali cikgu bertanya apa CITA-CITA KAMU BILA DAH BESAR NANTI?
3 kerja jer yang terpikir dek aku..
yang pertama Askar,
kedua Polis dan yang..
ketiga Pelukis(masa tu aku pun tak tahu apa itu kartunis dan animator).
Akhirnya cita-cita yang nombo 3 aku pilih.
Di zaman sekolah dulu... Buku tulis comfirm aku conteng sehingga kakak aku buatkan satu Buku Kosong dari kertas A4 untuk aku.Masa tu lukisan karton aku banyak berkisar dari lukisan Mat-mat rock,rambut panjang seluar ketat.Kartunis yang aku minat masa tu Bro ujang dan Bro Gayour.
Majalah Gila-Gila,Gelihati dan Batu Api adalah wajib aku beli tiap-tiap bulan hasil dari upah tebar roti canai tiap2 pagi sebelum pegi sekolah.Upah aku tiap hari Sehinggit mak bagi...masa tu dah cukup besar dah tu...la ni sehinggit tu bleh beli sekeping roti canai aku ler....hu..hu..hu..

MAT REMPIT ..ADA BERANI?














  

 Ni la bahana Saman ekor.
Masuk dek akal ker Motor buruk ni boleh lari laju..mentelah yang bawak tok guru ni..
abih tinggi 50kmj atau kurang..
Apa-apa pun..
RAKYAT DIUTAMAKAN..KAN..KAN..KAN..

TELUR TIRUAN















Pergh! 2 minggu ni kecoh pasal telur tiruan..wa pun turut gabra jugak.takut-takut terbeli yg tiruan maklum lah pelanggan ramai yang suka makan roti telur..alhamdulillah setakat ni "Clear"..Pengedar telur kebanyakkannya Cukong...yang mengadu orang kito..menteri kesihatan Cukong...Keputusannya dah tahu dah...Tiada telur tiruan dipasaran Malaysia....Tapi kalu org yg buat tu org kito..Lamo dah kedalam...Jadi suko tak suko terimo ajo la seado eh!..berhati-hatilah bilo memboli telur dikedai...jangan main rembat yo...

MARI-MARI ADA CABUTAN BERTUAH!!


Mari abang,adik,kakak.mak-cik,pak cik rebutlah peluang keemasan ini..
wargh kah..kah..kah...
Punya la teruk nak  suruh org jadi ahli...

Wednesday, 13 April 2011

HARGA AYAM NAIK 50 POSEN LAGI

Bulan lopeh ado mentori kato..bulan ompek ni hargo ayam turun...mahakahai tul...
semalam dah naik 50 posen laie...

SAJA SUKA-SUKA

















Bila wa jengok blog kawan kat SINI
tertarik dengan aksi anak-anak ini.
Gaya memang dah ada dah...
semoga bakal berterusan sehingga dewasa.

Semoga Muhammad Anwar pun begini satu hari nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.blog-feeds, .post-feeds { margin: 1em 0; text-align: center; color: $(feed.text.color);