Wednesday, 19 October 2011

TU DIA...!!

BAGINDA Sultan Brunei, juga Yang Dipertuan Agong Brunei di dalam titahnya menyebut "Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu".Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang...
"APA MACAM PUAK UMNOGOK"
 

Friday, 7 October 2011

Aku Kembali...

DEK KERANA SIBUK MENEBAR ROTI CANAI...SAMPAI TERLUPO PASSWORD NAK MASUK BLOG...
ITU SOBAB BLOG NI TAK DI UPDATE SEKIAN LAMO..
ISYALLAH...JIKA TIADA HAL DAN TAK LUPO PASSWORD..DEN MERAPU LAGI...

Saturday, 11 June 2011

ANTARA DUA DARJAT

KES 1:
Padah tayang video lucah -11/06/2011 Sinar Harian

Tertuduh, P Kanapathy, 38, yang mengaku bersalah kerana menayangkan filem lucah itu dihukum maksimum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim, Zaharah Hussain selepas mendengar rayuan, hujan dan meneliti fakta kes yang disediakan Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menunjukkan secara awam gambaran beberapa Video Cekera Padat (VCD) lucah bagi maksud menawarkan atau mencuba melakukan sesuatu perbuatan salah terhadap seorang wanita warga Indonesia. 


 KES 2

 Kes video seks: Tiada perkembangan, tangkapan-MKini 10//6/2011
Polis masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran VCD lucah yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang seperti yang dipertontonkan oleh trio 'Datuk' kepada wartawan.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

"Tiada perkembangan baru atau tangkapan berhubung perkara itu.

"Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah,” katanya.


-Hebat bukan bila anda mempunyai Kad keahlian UMNOPorno apa saja anda boleh lakukan....Anda Kebal UNDANG-UNDANG...tak caya..cuba tengok 2 kes dia atas.....
-Sampai sekarang POLIS tak jumpa Penayang Video tersebut... 

Thursday, 2 June 2011

ANTARA DUA DARJAT...LAYANAN POLIS

(PEMBANTAH PROJEK LYNAS)
 ketika himpunan bantah Lynas di pejabat DAP Pahang.Mereka ditangkap

(PENYOKONG PROJEK LYNAS)
Eh..eh...POLIS bersama-sama penyokong kerajaan..PULAK!tiada tangkapan
HEBAT BUKAN BILA ANDA ADA LESEN UMNO..

INGAT ANAK KU

Ingat anak ku..
ayah hanya Penebar roti canai saja...
ayah bukan seperti Najib Bini Rosmah...
Ingat kita kena ubah gaya hidup..
jangan memandai minta minum susu.
kerna selepas ini taukeh kilang susu akan naikan harga..
kita hanya perlu minum air suam saja..

Jangan memandai minta makan daging  ayam.
ayam dah mahal sekarang..
cukup sekadar makan telur ayam..
janji ada perkataan 'AYAM'..

Ingat anak ku..
ubah gaya hidup..
Kerna kita bukan Najib bini Rosmah..

Saturday, 21 May 2011

Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata PERKASA -MKini




DARI JADI BANGANG BUAT DEMO UTK UTUSAN LEBEY BAIK....





BUAT DEMO UNTUK PERTAHANKAN KEPENTINGAN MELAYU DAN RAKYAT DARI JADI MANGSA RADIOAKTIF  LYNAS.

Tuesday, 17 May 2011

MALAM KU YANG DIGANGGU

Dah lama tak pegi dengar ceramah Politik.Malam tadi selepas abis menebar roti canai aku terus ke Dewan Orang ramai Kg.Bukit Canggang Banting,Khabarnya disitu akan diadakan Ceramah.Pukul 9.15 malam aku gerak ke tempat di tuju.Sampai jer..Alamak!Apo hal Golap..ada tak der ceramah ni...Call Member...'Sudah Tukar Tempat la bro...Ke Markas Pas Labohan Dagang sebab Komponen BN (POLIS) tak bagi permit'
Pulak!..nasib baik aku tahu kawasan tu...Tempuh satu Road Block..

(gambar hiasan saja ) lebih kurang cam ni ler rupa Komponen BN mlm tadi tak dpt ambik gambar sebab hand phone murah















Masuk kg Labohan Dagang...MAK!RAMAINYA KOMPONEN BN(POLIS)..Hampir 10 Kuda Putih...4 Land Rover FRU....5 Radio Car...Hampir 50 ke 70 kekuatan Komponen BN ni(POLIS)....sepanjang laluan 500 meter dari tapak ceramah beratur FRU. Dalam benak aku...Apa ke halnya reramai Komponen BN (POLIS) ni...adakah Penduduk dan orang ramai kg ni PENJENAYAH...Kami hanya datang nak dengar isu semasa dari kerajaan yang kami pilih..mengapa kami dilayan seolah-olah kami nak buat rusuhan atau kacau bilau...Dengan Meletakkan Komponen BN ni(POLIS) ni ramai2 adalah hanya bertujuan menakutkan orang ramai agar tidak pergi ke ceramah ini...itu ajer MOTIF UMNO BN.

Ceramah mula pukul 9.30 malam dimulakan oleh ketua cabang PKR sepang Ybhg Tuan Hj. Borhan Bin Aman Shah.Beliau Mengatakan ini adalah petukaran  tempat ceramah kali ke 4 setelah di Dewan Orang Ramai Dengkil,,Dewan Orang Ramai Bukit Canggang dan Dewan Orang Ramai Salak tinggi di halang oleh Komponen BN (POLIS).Dah la Minta Permit cara baik tak dapat buat kat kawasan persendirian(Markas PAS) pun nak di kacau oleh Komponen BN(POLIS)ni..

Sewaktu Penceramah Ke 2 dari  Ketua Pemuda PAS Selagor baru berucap 5 minit....Komponen BNi(POLIS)ni..mula tunjuk Taring..nak menghentikan ceramah...suasana tegang..orang ramai termasuk aku dah mula bergerak ke arah MANGKAI ni...Apa nak jadi-jadi la ..kepalo otak aku fikir..geram aku dengan MANGKAI ni dah lama dah..sejak zaman REFORMASI lagi...Nasib baik Adun Seri Muda YB Suhaimi Menenangkan Orang ramai agar bersabar dan beliau berbincang dengan Kepala Komponen BN ni...agar ceramah dapat diteruskan...
Kenapalah BUSUK hati nak ganggu Ceramah PR...Kenapa ikut Telunjuk UMNO-BN...Belum ada lagi ceramah PR yg jadi Huru-hara jika tidak PROVOKASI dari Komponen BN ni...
Yang hadir malam tadi Orang tua-tua yg mula sedar akan kepincangan UMNO-BN..mereka nak mendengar Apakah isu semasa sekarang dan hala tuju kerajaan PR selangor...Inilah yang membuat UMNO-BN takut..Kalau boleh UMNO-BN harap boleh Membodohkan Orang2 tua ni...Hanya perlu baca Media tali barut mereka Utusan Meloya,Berita Hairan,TV3 Suku dan RTM dan tak perlu lagi dengar Ceramah.
Ceramah Tamat Pukul 12.00 tghmlm...Tiada ada apa kejadian tak diingini pun...
Jadi Mengapa Komponen BN (POLIS)ni perlu Tercegat selama 3 jam kat Kg Labohan Dagang semalam..
Adalah lebih baik pegi buat rondaan cegah jenayah lagi baik..letak 10 dah cukup..Bukan orang nak bergaduh pun...
Kesimpulan yang aku dapat semalam menunjukkan PRU 13 dah semakin Hampir...UMNO BN semakin takut akan kehilangan Kuasa...jadi dengan apa cara sekali pun UMNO Bn akan buat agar mereka terus berkuasa...
AYUH ANAK MUDA DAN PAKCIK MAKCIK..CUKUPLAH KITA DIBODOH-BODOHKAN OLEH UMNO BN SELAMA INI..BARANG SEMAKIN NAIK...PENDAPATAN TAK PERNAH NAIK..AYUH KITA CAMPAKKAN UMNO BN KE DALAM LONGKANG...
REFORMASI....ALLAH HUAKBAR

Monday, 16 May 2011

BRAHIM NAK BERJIHAD? GOLI HATI DEN....

Nak berjihad apa ker halnya...
Sok lek menghina Islam tempoh hari tak berani nak berkokok...tiba-tiba cerita yang tak tahu benar ujung pangkal nak berkokok plak  BERJIHAD..Alahai Barhim al Katak...Lu ingat Buat giru Najib Nak bagi lu Pertanding PRU 13 ka...Kuat betul PERKAUMAN mangkai ni...


POLIS buat BOOODOOOOOO jer...

Sunday, 15 May 2011

ANTARA DUA DARJAT? LU LANGSI LU MATI...



 Bila berita ini keluar...
KDN telah Mengambil Tindakan dengan  
Tidak memberi Permit Lagi... 
Maka berkubur surat khabar ini.







Bila berita ini keluar...
KDN telah Mengambil Tindakan..
Cukup dengan hanya Surat TEGURAN.






YANG MANA LEBEY BAHAYA..
BONGKAR PENYELEWENGAN ATAU
MAINKAN ISU PERKAUMAN SEMPIT...

Beginilah undang-undang Ala UMNO-BN
LU LANGSI LU MATI...

LU PIKIR LA SENDIRI....

Monday, 9 May 2011

HARGA GULA NAIK 20 SEN, 10 MEI INI(RM2.30 sekilogram)SUKA AKU TU...


















AYAT MEMBODOHKAN RAKYAT 1MALAYSIA
"Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama di seminar" Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata

Sunday, 8 May 2011

TANDA PRU 13 SEMAKIN HAMPIR














Bilo Kaum Cina tak menyokong lagi...
Bilo Kaum Melayu tak percaya lagi...
Maka UMNO-BN terpaksa gunakan Isu Perkauman dan agama...

Dengan Tajuk Yang Mengelirukan Di UTUSAN MELOYA..
Maka....
Mak cik-Pak cik Felda Berjayo di Bodohkan...
Tanyo Puak-puak UMNO Ngok ni...
Paham ka tidak PERLEMBAGAAN NEGARA..
Pi suruh Depa Baca PERLEMBAGAAN NEGARA..
Dah la BODOH..lepas tu nak MEMBODOHKAN orang Lain..
milosuam-bagaimana-kerajaaan-bodohkan-rakyat (Klik)

May - Dari Kacamata "BEGINI LER KEADAAN MALAYSIA LER NI"

BANGKIT ANAK MUDA SELAMATKAN MASA DEPAN ANDA

Saturday, 7 May 2011

SURAT DARI POLIS PENCEN YANG PERLU DIBACA

SURAT KEPADA KETUA POLIS NEGARA


Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,
Email:iho@rmp.gov.my


YDH Tan Sri,

KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PDRM SEMAKIN PARAH

1. Sejak dua minggu kebelakangan ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk caramana tindakan PDRM menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim.Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan PDRM.Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh Polis sendiri,dan diperbesarkan oleh media,kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian.

1.1. Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan,saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan “pisang akan berbuah dua kali”.

1.2. Saya tidak bimbang untuk menyatakan,bahawa akibat terlalu melayani karenah Peguam Negara dan terlalu mengharapkan dan percaya kepada Gani Patail, menyebabkan mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Rahim Noor terpaksa masuk kepenjara selama dua bulan selain terpaksa membayar denda maksima RM 2000.

1.3. Pada hal,sekiranya Rahim Noor mengekalkan pendirian dan keputusan beliau sendiri yang dibuat secara gentleman pada 8.10.1998,untuk mengambil tanggung jawab sepenuhnya akan keterlanjuran beliau mencederakan Anwar, kemungkinannya beliau akan hanya didenda sahaja serta mengelakkan penyiasatan yang agresif terhadap beliau.Kemungkinan ini berdasarkan beliau mempunyai faktor mitigasi yang kukuh dan diperkuatkan lagi apabila Mahkamah dijangka mengambil kira jasa beliau kepada keselamatan Negara yang tidak ternilai, khasnya ketika beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas.

1.4. Akibat dipermainkan oleh Gani Patail,bukan sahaja Rahim Noor telah dipenjarakan, malahan sehingga lebih kurang dua bulan yang lalu, beliau telah dilabelkan sebagai orang yang bertanggung jawab merosakkan imej Negara dikaca-mata Antarabangsa pula.Sila Tan Sri rujuk muka surat 693 memoirs Tun Dr.Mahathir Mohamad;dalam buku Doctor In The House, dimana Tun Mahthir merakamkan,… “Rahim did me no favours politically – in fact, he did much harm to Malaysia’s International standing.”

1.5. Tidak dapat dielakkan kenyataan tersebut akan kekal dalam sejarah hidup Rahim Noor dan keluarga dan menjadi sejarah hitam buat PDRM, manakala segala pengorbanan dan jasa Tan Sri Abdul Rahim Noor kepada Negara dilupakan selamanya.

1.6. Sedih untuk menyatakan,tidak ada apa-apa perkara yang bagus untuk kenangan PDRM dalam keseluruhan Chapter 53 memoirs, melainkan menyedarkan kita hakikat bahawa Tun Mahathir, tidak dapat memaafkan Rahim Noor.

2. Namun begitu kita tidak boleh secara terburu-buru menuding jari menyalahkan Tun Mahathir.Sebagai manusia biasa beliau juga boleh diperdayakan atau dalam bahasa mudah,ditipu untuk mempercayai sesuatu perkara yang tidak benar sebagai benar, atau perkara yang benar sebagai tidak benar.Kita tinjau beberapa insiden penipuan yang dilakukan keatas Tun Mahathir seperti berikut;

2.1. Pada bulan July 1993 Rahim Thamby Chik telah menipu Tun Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu untuk menyembunyikan harta lebih kurang RM 40 juta yang diperolehi menerusi salahguna kuasa dan rasuah seperti yang dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan oleh Gani Patail sendiri.

2.2. Pada bulan July 2010 pula Tun Dr.Ling Liong Sik telah dituduh kerana menipu Jamaah Menteri yang termasuk Tun Mahathir dalam kes skandal PKFZ. Bezanya antara kes ini dengan kes dipara 2.1. diatas ialah Peguam Negara enggan mengenakan pertuduhan terhadap Rahim Thamby Chik walaupun kedua-dua kes ini melibatkan penipuan terhadap Tun Mahathir.Sedangkan semasa sidang Parlimen bulan lalu Menteri di-Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk “indemnify” mana-mana orang daripada liability jenayah semasa persoalan mengenai Rahim Thamby Chik dibangkitkan.

2.3. Pada bulan September 1998,Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat “self-inflicted” sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693.

2.4. Pada bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam.Akibat perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukkan Suruhanjaya Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan Penyiasat PDRM.

3. Contoh-contoh diatas dengan jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu perkara. Ringkasnya Tun Mahathir tidak “kebal” dari tipuan.Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual tidak boleh diperkecilkan.

4. Dengan kata-kata diatas,saya persilakan Tan Sri merujuk kepada “The memoirs of Tun Mahathir-A DOCTOR IN THE HOUSE” yang dilancarkan pada 8.3.2011.Secara spesifiknya untuk merujuk kepada Chapter 53: Anwar’s Challenge muka surat 684 hingga 698.Saya sarankan juga Tan Sri merujuk kepada surat saya bertarikh 27.12.2010 yang salinannya turut diedarkan kepada YAB Perdana Menteri dan YBhg.Peguam Cara Negara,memandangkan terdapat beberapa kandungannya yang relevan.Chapter 53 ini menimbulkan beberapa persoalan dan keraguan.

4.1. Saya menyimpulkan bahawa Tun Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual berdasarkan kepada dua surat yang beliau terima daripada Umi Hafilda dalam tahun 1997 dan taklimat daripada pegawai penyiasat Musa Hassan sepertimana terdapat dalam muka surat 684 memoirs tersebut.Saya tidak akan menyentuh berkaitan surat Umi Hafilda memandangkan keterangan dan bukti sesuatu siasatan Polis adalah dikumpul,disusun dan dipegang oleh Pegawai Penyiasat sendiri.

4.2. Persoalan yang timbul adalah sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu,ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam aktibi homosexual itu.Tidak boleh juga diperkecilkan kemungkinan Musa Hassan mengambil kesempatan hubungan teruk antara Tun Mahathir dan Anwar ketika itu ,supaya nama beliau disenaraikan dalam “good book” Tun Mahathir.

4.3. Sekiranya pada ketika Musa Hassan memberi taklimat kepada Tun Mahathir, beliau telah sedia memiliki keterangan yang lengkap dan kukuh bagi membuktikan Anwar terlibat dengan aktibiti homosexual seperti yang didakwa,mengapakah pada 1.10.1998 Musa Hassan cuba memujuk saya untuk mengambil contoh darah Anwar untuk tujuan DNA, ketika saya sedang menyiasat insiden mata-lebam?.Apabila saya menolak permintaanya itu dengan alasan perbuatan tersebut adalah “illegal”,Musa Hassan bersama Rodwan Yusof sendiri telah “mencuri” sample darah Anwar untuk tujuan DNA tersebut daripada simpanan dan kawalan Dr.Zahari Noor di-Hospital Kuala Lumpur pada 15.10.1998.Seolah Musa Hassan terdesak mendapatkan bukti dengan apa cara sekalipun, untuk menguatkan keterangan dalam siasatan beliau,yang telah ditaklimatkan kepada Tun Mahathir sebelum itu.Urutan peristiwa ini secara kebetulan telah saya jelaskan secara terperinci dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 kepada Tan Sri dan rasanya tidak perlu untuk saya ulangi.

5. Bagi maksud menguji kredibiliti Musa Hassan,dan sama ada cakapan atau kesaksian beliau boleh dipercayai ataupun dicurigai sebahagian atau sepenuhnya,diperturunkan peristiwa-peristiwa yang mungkin boleh digunakan sebagai ukuran;

5.1. Pada April 2008,Musa Hassan telah membuat kenyataan umum yang tidak benar yang mengelirukan rakyat apabila menyatakan bahawa kertas siasatan Polis terhadap Tun Mahathir telah diedarkan kepada Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan laporan terhadap Tun Mahathir belum ujud lagi ketika itu oleh kerana laporanya hanya dibuat pada 13 Jun 2000.Komen saya mengenai perkara ini terdapat dalam Surat Terbuka saya bertarikh 8.10.2010 yang dialamatkan kepada Datin Kalsom Taib,isteri kepada bekas Ketua Pengarah BPR Dato Shafee Yahya.

5.2. Tahun 2009 Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Puan Supang Lian (kini seorang Pesuruhjaya Kehakiman)dalam penghakiman bertulis beliau menyatakan bahawa kesaksian yang Musa Hassan berikan dalam perbicaraan tersebut sebagai “unreliable and to be disregarded”.Perbicaraan ini melibatkan bekas Pengarah PDRM,Ramli Yusuff.Hakim Puan Supang Lian tidak akan membuat kenyataan yang sebegitu keras sekiranya beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh memandangkan Musa Hassan adalah seorang Ketua Polis Negara yang sedang berhidmat ketika memberi keterangan tersebut.

5.3. Pada March 2010 seorang penggubal undang-undang Sivarasa Rasiah telah membuat laporan Polis mendakwa Musa Hassan telah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan Anwar pada Disember 1998 dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi,mendiang Dato Augustine Paul.Difahamkan laporan ini masih dalam siasatan.Tidak bermakna jika laporan itu dibuat oleh seorang Wakil Rakyat Pembangkang,laporan tersebut tidak boleh dipakai.Saya percaya Tan Sri juga maklum dan ramai Pegawai Polis sama ada yang sedang berhidmat atau telah bersara maklum, bahawa laporan Sivarasa Rasiah itu adalah berasas.

5.4. Diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 Musa Hassan telah memberikan kemudahan kepada Gani Patail untuk mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof, mereka tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan kes mata-lebam.

6. Senarai diatas tidak termasuk permohonan-permohonan yang dibuat oleh Peguambela di-Mahkamah terhadap Musa Hassan kerana menghina Mahkamah dengan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan.Sekiranya sekadar sekali sahaja Musa Hassan lakukan perkara seumpama,mungkin ianya boleh dianggap sebagai suatu kesilapan tulen yang tidak disengajakan.Tetapi jika dilakukan berulang kali dan berterusan serta dengan sengaja dan terancang,maka tidak salah untuk kita merumuskan bahawa Musa Hassan sememangnya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

7. Berkaitan dengan Gani Patail pula,telah banyak laporan-laporan yang telah didedahkan mengenai beliau.Sememangnya beliau boleh menafikan apa-apa juga perkara yang dibincangkan atau diperkatakan kepada saya, memandangkan kebanyakkan urusan saya dengan beliau adalah “on a one to one basis”.Tidak ada saksi untuk menyokong mana-mana pihak.Juga tidak ada rakaman video untuk membukti perbincangan kami.Namun begitu Gani Patail tidak boleh menafikan perkara-perkara berikut;
7.1. Bahawa beliau telah mengarahkan dan/atau memaksa Dr.Abdul Rahman Yusof untuk membuat tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan insiden mata-lebam diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998. Ketiga-tiga produk pemalsuan ini sememangnya ujud dan telah diedarkan bersekali dengan penerangannya sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri, Peguam Cara Negara dan Lembaga Penasihat SPRM.

7.2. Beliau tidak dapat menafikan bahawa dua laporan yang dipalsukan itu telah dikemukakan sebagai keterangan dalam prosiding RCI Mata-Lebam serta dirakamkan dalam laporan RCI tersebut.

7.3. Beliau tidak dapat menafikan bahawa beliau yang membuat Kenyataan Akhbar Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang mengandungi beberapa maklumat palsu berkaitan hasil siasatan Polis mengenai siasatan insiden mata-lebam. Kenyataan Akhbar ini juga telah digunakan dalam prosiding RCI Mata-Lebam walaupun Gani Patail sedar ia mengandungi maklumat mustahak yang palsu.

7.4. Beliau tidak dapat menafikan bahawa hasil siasatan RCI Mata-Lebam telah dimanipulasikan.Dimana laporan perubatan palsu bertarikh 26.10.1998 yang dibuat oleh Dr.Rahman diatas arahan Gani Patail sendiri telah ditinggalkan daripada dimasukkan kedalam laporan akhir RCI tersebut yang dikemukakan kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong.

8. Kesalahan-kesalahan terhadap Keadilan Awam yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan adalah terlalu besar untuk dimaafkan.Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap Sistem Keadilan Jenayah Negara.Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan Rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Di-Raja Malaysia malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri.

8.1. Saya berpendapat,demi Keadilan Awam itu sendiri,Tan Sri mengangkat perkara ini kepada YAB Perdana Menteri,mencadangkan supaya RCI atau suatu Tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta “once and for all”.Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan Rakyat.

9. Apapun,tanggung jawab dan pendirian PDRM menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lamapun ia telah berlaku wajar dikekalkan.Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani Patail dan Musa Hassan didakwa berlaku 12 tahun yang lalu,tidak bermakna yang ianya boleh dilupakan begitu sahaja,atau “swept under the carpet”.Tidak ada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.

10. Contoh terbaik yang boleh dijadikan sandaran ialah kes bunuh beramai-ramai di-Batang Kali pada 1948.Dalam kejadian ini seramai 24 orang tempatan keturunan Cina telah ditembak mati pada Disember 1948 di-Sungai Rimoh, Batang Kali,Selangor oleh sepasukan Tentera British dari G Company,2nd Scott Guard ketika operasi menentang komunis di-Malaya ketika itu.

10.1. Pada pertengahan tahun 1993 satu laporan Polis yang baru telah dibuat oleh beberapa saksi insiden tersebut yang masih hidup.Ketua Polis Negara ketika itu, YA Bhg.Tun Mohd Hanif Omar memberi jaminan Polis akan menyiasat kes ini sebagai kes bunuh walaupun insiden berlaku berpuloh tahun terdahulu oleh kerana “tidak ada sekatan masa” untuk menyiasat sesuatu kes jenayah.Kertas siasatan dibuka oleh DSP Sivaramamoorthy ketika itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Kubu Bharu.Penyelaras siasatan pertama pada masa itu ialah Supt.Khew Chin Hoi dari Bukit Aman. Saya adalah salah seorang daripada Pasukan Penyiasat kes ini ketika itu sedang menjawat jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

10.2. Pada pertengahan tahun 1994 saya mengambil alih sebagai Ketua Penyelaras siasatan setelah selesai tugas siasatan trajedi keruntuhan condominium “Highland Towers” Hulu Kelang,suatu insiden malang yang menggemparkan Negara berlaku pada Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.

10.3. Walaupun Batang Kali Massacre ini telah berlaku hampir 63 tahun yang lalu,persoalan mengenainya masih belum padam lagi dan saya tidak nampak yang ia akan padam dalam masa terdekat ini.

10.4. Lebih kurang 3 minggu yang lalu tersiar semula kisah insiden ini;dimana pada 9 April 2011,penulis Mark Townshend dari majalah Guardian (dan dilaporkan juga dalam STAR 14.4.2011),telah mendedahkan maklumat terbaru kononya Pegawai PDRM telah menghubungi pihak Interpol dalam tahun 1993 untuk menghantar satu Pasukan Penyiasat ke-United Kingdom bagi merakamkan percakapan beberapa anggota tentera British yang terlibat dalam insiden tersebut.Kononya juga Pejabat Luar Britain telah mengenakan tekanan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menghalang atau menghentikan lawatan Pasukan PDRM ke-UK ketika itu, kononya sebagai usaha untuk “cover-up” siasatan ini.

10.5. Untuk makluman Tan Sri, saya adalah Pegawai yang dipilih oleh Bukit Aman untuk mengetuai rombongan eksesais ini ke-UK yang dimaksudkan. Mengenai sebab mengapa eksesais ini dibatalkan, terdapat dalam laporan khas saya yang dipercayai masih terdapat dalam kertas siasatan yang berkenaan.

11. Isu yang diketengahkan disini ialah,sekiranya satu insiden jenayah yang berlaku pada tahun 1948,ketika Tan Sri dan saya sendiri belum dilahirkan lagi, pun kita siasat dengan bersungguh,apatah lagi perbuatan jenayah yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan dalam tahun 1998 dan selepasnya yang masih segar dalam ingatan Rakyat, seolah ianya berlaku hanya beberapa bulan yang lalu sahaja.

11.1. Sekiranya dalam kejadian Batang Kali Masaccre 1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan,insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang,perbuatan Gani Patail dan Musa Hassan sejak tahun 1998 telah memusnahkan keseluruhan Sistem Keadilan Jenayah Negara. Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh,Rakyat akan mengungkitnya selama mana Rakyat mengungkit Batang Kali Masaccre.

12. Saya percaya Tan Sri masih ingat cara mana kita dengan pantas dan penuh keyakinan serta bebas menangani beberapa kes berprofil tinggi dan menarik perhatian umum yang berlaku secara berturut-turut diakhir tahun 1999 hingga awal tahun 2000.Ketika itu Tan Sri sebagai Pegawai Turus di-Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman.Antara kes-kes tersebut adalah;

12.1. Pada September 1999 dimana seorang Dr.Tai Eng Teck ditembak mati oleh seorang anggota Konstabal Daerah Ceras,Tony Beliang ketika mendiang Dr.Tai sedang berduaan dengan teman wanitanya dalam kereta berhampiran Stesyen LRT Bandar Tasek Selatan.

12.2. Dalam bulan Disember 1999,seorang penyanyi popular ketika itu, “Along Spoon” atau nama penuhnya Sabiul Malik Shafie ditemui mati dibunuh oleh seorang anggota Polis Cawangan Pengawal Pengiring Kuala Lumpur,Lans Koporal Mohamad Yaacob Demyati.

12.3. Dalam bulan Mac 2000 bilamana seorang Kontraktor Kenneth Lee(Fook Mun) @ Omar Iskandar Lee Abdullah cucu kepada Menteri Kewangan Pertama, mendiang Tun Sir H.S.Lee telah menembak mati seorang akauntan wanita Lee Good Yew diJalan Lapangan Terbang Lama berhampiran Jalan Bellamy Kuala Lumpur.

13. Polis telah dapat menyelesaikan ketiga-tiga kes bunuh diatas hanya dalam tempoh antara satu minggu dan dua minggu sahaja daripada tarikh insiden,serta menghadapkan ketiga-tiga pesalah berkenaan ke-Mahkamah bagi menghadapi pengadilan terhadap masing-masing.Untuk rekod,ketiga-tiga tertuduh telahpun disabitkan dengan kesalahan masing-masing serta menjalani hukuman undang-undang yang dijatuhkan keatas mereka.

13.1. PDRM mampu melakukan ini semua kerana kita telah bertindak secara professional, berkecuali serta without fear or favour dengan mengenepikan soal darjat atau kedudukkan dalam masyarakat, keturunan dan Agama sesaorang pesalah jenayah,sambil kita mengekalkan hubungan yang professional dengan Jabatan Peguam Negara dan patuh kepada Rule of Law.

14. Jika PDRM mampu melakukan seperti diatas 12 tahun yang lalu,secara lojiknya tentulah PDRM boleh lakukan dengan lebih baik lagi sekarang ini. Namun begitu sejak akhir-akhir ini sangat jelas kelihatan PDRM seperti kehilangan taring, dan seolah jawatan Ketua Polis Negara “subservient” kepada Peguam Negara.Kes kecil seperti kesalahan manayangkan video lucah pun, yang lazimnya dahulu disiasat oleh seorang AIO berpangkat Sarjan, kini terpaksa diusung turun naik beberapa kali kepejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan dan masih belum ada keputusan lagi walaupun lebih satu bulan telah berlalu.

15. Saya sedar bukan mudah untuk Tan Sri mengambil balik kuasa Polis yang Musa Hassan telah gadaikan kepada Gani Patail,untuk membawa kepada situasi “status quo”, kerana ia melibatkan pindaan semula undang-undang yang telah dikuatkuasakan sejak pertengahan 2007.Namun begitu usaha mesti diteruskan untuk mengembalikan kepada keadaan dimana amalan perinsip pemisahan kuasa dan peranan antara Penyiasat dengan Pendakwa Raya dipulihkan seperti sediakala.Mungkin rakyat sukar memahami maksud saya dalam perenggan ini. Namun begitu saya yakin Tan Sri dan pucuk pimpinan PDRM faham,dan pesara-pesara seperti saya juga faham serta akan mengikuti perkembangannya.

16. Saya berharap Tan Sri serta pucuk pimpinan PDRM yang baru sudi menggalakkan setiap warga Polis meneliti dan menghayati setiap perkataan dalam Akta Polis 1967 dan Hukuman Tetap Ketua Polis Negara untuk mereka disedarkan akan kuasa,peranan dan fungsi serta tanggung jawab Polis yang sebenar-benarnya.Apapun keadaannya, PDRM tidak bolih sama sekali terus membiarkan Gani Patail “memegang” Perdana Menteri atau mana-mana orang sekalipun sebagai “hostage” beliau.

Salam hurmat dan selamat maju jaya.

Yang benar,
Mat Zain bin Ibrahim.
5 Mei 2011.

Thursday, 5 May 2011

PENYOKONG BARANG NAIK KONO TIPU LAGI


KUALA LUMPUR:
Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa hari ini..


-ado peluang den nak naikkan hargo roti nii...
ha..ha..ha...

Tuesday, 3 May 2011

TANGGUH LAGI?

Kes bicara Ling tipu kabinet ditangguh 1 Ogos -mkini
Pihak pendakwaan dalam kes melibatkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik kerana menipu kabinet meminta perbicaraan yang ditetapkan hari ini ditangguhkan.




- Alamat sampai mampos la cukong ni nanti baru kes selesai,macam kes Pewaja (Eric Chia).
-Berapa kali mau tangguh da...kalu kes org pakatan berjalan ikut jadual jer.HARAM JADAH.

Saturday, 30 April 2011

UNDANG-UNDANG BARU BAGI PENZINA DAN PERLAKU MAKSIAT

"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].
Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat
- MAKA PARA PEMAKSIAT HANG PA USAH RISAU..LEPAS NI BUAT JERS
 SUMPAH LAKNAT..SETTLE SEMUA MASALAH HANG PA...TIRU MAMAT 3 EKOR KAT ATAS TU...
-PERSETANKAN SEMUA UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM ATAU UNDANG-UNDANG SIVIL MALAYSIA..KERANA SUMPAH LAKNAT LAGI MUDAH DAN RINGKAS DAN MENJIMATKAN KOS  GUAMAN YANG PERLU DITANGGUNG...


-DENGAR LA CAKAP MUFTI NI :

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan. 

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam. 


Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil - bekas Mufti WP (Klik)

Wednesday, 27 April 2011

PARTI "CIRCUS" RUPANYA


WARGH..KAH..KAH..KAH..

BACA DAN HEBAHKAN AGAR ORANG MELAYU TAK KENA TIPU LAGI

UMNO pengkhianat Melayu Pulau Pinang! bukan DAP
Oleh: ENGGANG QADHA

Menurut fakta terbaru tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Kajian mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini dibina di atas tanah milik bukan Melayu seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi? Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu.

Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu. Sewaktu tahun 70an PAS telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang. Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh. Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis. Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.

Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir. Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Tokong, dah jadi milik orang lain. Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula. Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu. Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang.
Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.

Kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan DAP sebagai kambing hitam menutup kegalan mereka. Pengambilan tanah di Balik Pulau untuk projek hub pendidikan dijadikan isu kononnya DAP mahu mengusir Melayu, walhal 80 peratus tanah terbabit milik bukan Melayu. Hanya 20 peratus milik Melayu. Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Balik Pulau diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.

Kehilangan tanah milik Melayu di Pulau Pinang yang berpindah kepada bukan Melayu lebih banyak berlaku kerana Melayu dengan rela hati menjual tanah tersebut kepada bukan Melayu. Jumlah yang berpindah milik kerana jualan secara rela hati itu sebenarnya lebih besar berbanding, tanah yang diambil oleh kerajaan negeri. Tapi apa Umno buat sewaktu jadi kerajaan dulu?

PAS dan Melayu KeADILan turut dipersalahkan. Apa sangat yang mampu dibuat oleh PAS dan KeADILan dalam masa terdekat apabila diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya – angkara kegagalan kerajaan terdahulu.

DAP dituduh anti Melayu tetapi di masa DAPlah pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz berlaku.

Di bawah DAP yang ‘anti-Islam’ Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini.

Kerajaan DAP yang memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu orang Melayu.

Di zaman Lim Guan Eng juga berlaku pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil yang majoritinya Melayu dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

Biarkan jari telunjuk Umno semakin panjang menuding pihak lain. Dasar Umno, “Aku sentiasa betul, orang lain yang salah.”

KALAU TAK RASUAH BUKAN UMNO NAMANYA

Tuesday, 26 April 2011

Friday, 22 April 2011

Cuba tengok Tingkap dan Fikirkan Bersama?











Kata Polis: “Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi, kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. 

AL-FATIHAH
buat Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed

BERITA BAIK PADA MAK CIK-MAK CIK

Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco-MKINI


-Ya..lepas ni  bolehlah mak cik-mak cik berPOCO-POCO sampai ke pagi.... 
-Tiada apa yang boleh diharapkan pada orang yang diberi Amanah jaga AGAMA ni.. 
MACAM SIAL...

JUARA REMBAT DUIT RAKYAT
























Pergh! Hangpa Bayangkanlah Kalu benda ni berlaku di Negeri Pakatan Rakyat...
Mau ada lagi yang mati terbunuh...
TV3 suku ..Berita Hairan dan Utusan Meloya Pasti akan Mainkan pada setiap malam...
Dan Berduyun2 la Profeser Kangkung Bagi Kenyataan .
Kalau Macam ni punya BUKTI dah nyata...
Pada yang masih menyokong UMNO tu Fikir-fikirkanlah...
CUKUPLAH KENA BODOH-BODOHKAN KEK PEMIMPIN ANDA..
ANDA APA DAPAT....
KENAIKAN HARGA BARANG SEPERTI MANA KAMI
ORANG-ORANG PAKATAN RAKYAT DAPAT....

Thursday, 21 April 2011

KALAU DAH KETURUNAN PENIPU.....

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang, kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader. “Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu.
Ini Kenyataan pada 2011/04/18-Berita Hairan

Hari ini di Sinar Harian...
Mamak ni berkata...
Wartawan tersalah petik ucapan dia....
bila PKR kata nak saman..kelam kabut MAMAK ni...
Memang dasar darah Mamak Mahdey..Bab Kelentong nombo satu...
Pusing jangan tak Pusing...Belit selagi boleh belit...
Yang penting ..
BOKOT MAMAK dari sekarang..
BELI ROTI CANAI DENGAN AKU..
ha..ha..ha.....

Tuesday, 19 April 2011

Kah..kah..kah..Baru sedar Salah?

















Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang.-
Malaysia kini

-OOOO...Masa nak sebar dulu tak nak pikir lak...betul ka ..salah ka tidak.buat benda tak senonoh tu..
.la ni baru nak Gabra...
- Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan memiliki,mengedar ,Menayang bahan lucah 
- Apo juak-juak UMNOPORNO nak cakap nanti ni...

Sunday, 17 April 2011

KALAH DALAM MENANG PRN SARAWAK


Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.


 











-Macam mana UMNO-BN boleh kata menang selesa..
sedangkan Pakatan punya kerusi yang lama tak boleh dirampas....
Penambahan kerusi adalah dari pakatan...
Ni semua nak membodohkan Orang2 Melayu Felda ni...

- Keputusan ini pun buat najib pening nak adakan ker tidak PRU 13 dalam waktu terdekat.


Thursday, 14 April 2011

DISINI MULANYA..

Siri 2

Sekitar tahun 1985 ketika Tingkatan 1 sewaktu cuti sekolah aku akan sering ke Kuala Lumpur dirumah Pak Cik aku di Selayang Baru. Satu pagi sepupu aku 'Dik Man' tua setahun dari aku ajak ronda-ronda Kuala Lumpur,Apa lagi Seronok ler..nak-nak masa tu Dataran Merdeka tengah Glamour.
Dari selayang naik Bas mini..masa tu Bas mini masih ada lagi..turun Central Market(Pasar Budaya)..naik lagi bas mini turun kat Bangsar..aik..ni nak kemana ni Dik Man..tanya aku..ikut ajer ler..katanya.
Jalan punya jalan Dik Man berhenti di kedai buku..tanya awek kedai buku kat mana opis Gila-Gila..Alamak..kito nak Poi Gilo-Gilo ko..tanya aku..Iyo la..sambungnya..
YA Allah Gembira tak terkato...Awek tu terus tipon Opis gilo-gilo..rupa-rupanya kedai buku tu sebahagian dari blok Gila-gila.
Ingat lagi aku pagi tu Kartunis BOY PJ yang sambut kami di bawah...dia suruh ikut naik ke opis Gila-Gila...Dalam Perjalanan Dik Man Bagi tahu BOY PJ yang aku ni pun boleh melukis katun...Alamak malunya aku masa tu...tapi masih Control lagi...
Kami di bawa melawat dan di pekenalkan kpd Kartunis2 kat situ Cabai..Fatah..Zainal Buang husin..kebanyakkan yang Otai2 ajer..Bro Ujang masa tu tak der..keluar agaknya...
Last sekali kami dibawa berjumpa dengan Arwah Rejabhad Penghulu Kartunis.Ini mungkin BOY PJ teringat kata2 Dik Man yang aku pun boleh lukis katon...
Gembira tak terkata waktu tu..aku dapat ilmu katun dari Arwah Pak Jab.
Masa tu arwah Pak Jab ada buku Cara Melukis katun dalam bentuk Photostat..Dia kata harganya Rm10..Kalu tak dak duit la ni..minggu depan bayar ler katanya...
Oleh kerana Dik Man tengok yang aku ni memang minat Melukis Katun dia bayarkan untuk aku buku Karya Pak Jab tu..TERIMA KASIH DIK MAN..dan bermula lah perjalanan aku sebagai kartunis...tetapi sayang buku itu kini telah Hilang dari Simpanan aku...Buku berharga hasil tangan Arwah Pak Jab...
Al-Fatihah buat Arwah REJABHAD(Pak Jab)..


........................................................................................................
 
DISINI MULANYA..
Siri 1

Masih aku ingat lagi dari bangku sekolah rendah sehingga kesekolah menengah,setiap kali cikgu bertanya apa CITA-CITA KAMU BILA DAH BESAR NANTI?
3 kerja jer yang terpikir dek aku..
yang pertama Askar,
kedua Polis dan yang..
ketiga Pelukis(masa tu aku pun tak tahu apa itu kartunis dan animator).
Akhirnya cita-cita yang nombo 3 aku pilih.
Di zaman sekolah dulu... Buku tulis comfirm aku conteng sehingga kakak aku buatkan satu Buku Kosong dari kertas A4 untuk aku.Masa tu lukisan karton aku banyak berkisar dari lukisan Mat-mat rock,rambut panjang seluar ketat.Kartunis yang aku minat masa tu Bro ujang dan Bro Gayour.
Majalah Gila-Gila,Gelihati dan Batu Api adalah wajib aku beli tiap-tiap bulan hasil dari upah tebar roti canai tiap2 pagi sebelum pegi sekolah.Upah aku tiap hari Sehinggit mak bagi...masa tu dah cukup besar dah tu...la ni sehinggit tu bleh beli sekeping roti canai aku ler....hu..hu..hu..

MAT REMPIT ..ADA BERANI?














  

 Ni la bahana Saman ekor.
Masuk dek akal ker Motor buruk ni boleh lari laju..mentelah yang bawak tok guru ni..
abih tinggi 50kmj atau kurang..
Apa-apa pun..
RAKYAT DIUTAMAKAN..KAN..KAN..KAN..

TELUR TIRUAN















Pergh! 2 minggu ni kecoh pasal telur tiruan..wa pun turut gabra jugak.takut-takut terbeli yg tiruan maklum lah pelanggan ramai yang suka makan roti telur..alhamdulillah setakat ni "Clear"..Pengedar telur kebanyakkannya Cukong...yang mengadu orang kito..menteri kesihatan Cukong...Keputusannya dah tahu dah...Tiada telur tiruan dipasaran Malaysia....Tapi kalu org yg buat tu org kito..Lamo dah kedalam...Jadi suko tak suko terimo ajo la seado eh!..berhati-hatilah bilo memboli telur dikedai...jangan main rembat yo...

MARI-MARI ADA CABUTAN BERTUAH!!


Mari abang,adik,kakak.mak-cik,pak cik rebutlah peluang keemasan ini..
wargh kah..kah..kah...
Punya la teruk nak  suruh org jadi ahli...

Wednesday, 13 April 2011

HARGA AYAM NAIK 50 POSEN LAGI

Bulan lopeh ado mentori kato..bulan ompek ni hargo ayam turun...mahakahai tul...
semalam dah naik 50 posen laie...

SAJA SUKA-SUKA

















Bila wa jengok blog kawan kat SINI
tertarik dengan aksi anak-anak ini.
Gaya memang dah ada dah...
semoga bakal berterusan sehingga dewasa.

Semoga Muhammad Anwar pun begini satu hari nanti.

Saturday, 9 April 2011

JAWATAN MUFTI NI ALAMAT TAK LAMA LER...

Mufti: Video seks bukan bahan bukti - Malaysiakini
dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah.

Dr Juanda (kiri) berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu "menyeleweng" daripada prinsip dalam Islam.

"Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu.

"Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan (beliau) ini cukup menyeleweng.

"Beliau seorang peguam, takkan dia tak tahu mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.




Kesimpulannya:
NAK KER PUAK UMNO-BN  DENGAR CAKAP MUFTI ?





BOMOH 1 MALAYSIA

Salleh dakwa KM S'wak dikelilingi bomoh-Malaysiakini
Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.



Kalau dah namanya BN kat sapa lagi nak dipintanya..
sobab mereka islam pado namo yo...
Motto BN :
AGAMA DAN POLITIK MANA BOLEH BERSAMA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.blog-feeds, .post-feeds { margin: 1em 0; text-align: center; color: $(feed.text.color);